Tips Atasi Alahan Ibu Hamil

Selalu yang mengalami alahan ialah ibu mengandung. Jarang, tapi ada juga ayah yang alami alahan.
 
Alahan yang biasa ibu hamil alami ialah pening kepala, tekak rasa loya dan paling teruk apa yang di makan keluar semula.
 
Situasi begini, menyebabkan ibu hamil sukar untuk fokus kerja seharian.
 
Setiap masalah, pasti ada penyelesaiannya. Sedikit sharing untuk mengurangkan alahan ibu mengandung.
 
  • Bangun lebih awal & ambil masa untuk bersiap. Rasa mual, pening kepala sebenarnya boleh dikatakan paling teruk semasa bangun tidur. Oleh itu, bila bangun awal, bolehlah kita ambil masa sedikit untuk bersiap.
  • Letak makanan di tepi katil. Antara punca loya adalah kerana perut kita kosong semasa tidur malam dan ini menyebabkan asid perut banyak. Caranya sediakan makanan seperti buah atau biskut sebagai pengalas perut di tepi katil iIni akan mengurangkan rasa lapar dan asid perut. Bagi ibu hamil yang ada kencing manis, petua ini akan bantu kawal paras gula
  • Suplemen tambahan dan vitamin. Kini pelbagai jenis suplemen tambahan dan vitamin yang boleh diamalkan oleh ibu mengandung. Tetapi pastikan ambil yang dipercayai selamat dan tiada kesan sampingan.
  • Jangan terus baring selepas makan. Orang tua-tua dulu cukup pantang betul, lepas makan terus baring. Kalau google keburukannya, banyak buruk pada baiknya.
  • Jangan minum air selepas bangun tidur. Masa kita tidur, perut kita kosong. Oleh itu, jangan minum air kecuali selepas menjamah sedikit makanan. Perut kosong boleh menyebabkan rasa mual dan muntah. Tetapi pastikan kita minum air kosong secukupnya untuk elak dehidrasi.
  • Kenalpasti bau makanan dan lain-lain yang menyebabkan kita loya. Hidung kita akan sensitif semasa mengandung. Oleh itu, elakkan bau-bauan seperti makanan dan wangian yang menyebabkan kita loya.
  • Kurangkan makanan berempah dan pedas. Boleh ambil tetapi tidak kerap dan kadar seadanya untuk rasa. Terdapat kajian mengatakan, makanan berempah dan pedas akan meninggikan risiko untuk kita terkena gastrik. Selain itu, makanan pedas dah berempah akan mudah membuatkan kita muntah kerana membanyakkan asid perut.
  • Elakkan makan jeruk dan asam. Ramai yang suka makan benda masam untuk elakkan loya, tapi jangan berlebihan. Kerana terlalu banyak makanan masam akan menyebabkan masalah gastrik.
  • Makan pisang. Pisang kaya dengan vitamin dan mineral yang bermanfaat. Selain itu, pisang juga kaya dengan tenaga.
  • Ambil halia. Halia mempunyai manfaat untuk memberikan kelegaan pada alahan mengandung. Tetapi makan dengan kadar sederhana. Ini kerana, makan halia secara berlebihan boleh menyebabkan gastrik.
  •  Jangan biar perut kosong. Perut kosong akan menyebabkan asid perut banyak. Oleh itu, makan secara kerap tetapi dalam kuantiti sedikit. Ini akan mengelakkan kita berasa lapar.
  • Pilih diet berprotein. Makan makanan yang tinggi protein secukupnya, seperti ikan dan telur. Kerana keduanya adalah sumber protein yang bagus. Protein akan membuatkan kita kenyang lebih lama dan dapat mengelakkan asid perut keluar dengan banyak. Tetapi pastikan jangan berlebihan.
  • Jangan makan dan minum silih berganti. Minum sambil makan akan mengganggu sistem penghadaman kita dan juga dipercayai boleh membuatkan kita gemuk. Ini kerana air akan merendahkan metabolisme dan menyebabkan lemak di dalam badan.
  • Elakkan memakai pakaian ketat. Cuaca di Malaysia panas dan lembap sepanjang tahun. Dengan keadaan cuaca yang panas ini sesuai pakai pakaian yang longgar dan tidak melekat pada tubuh. Bila suhu badan naik kerana pakaian yang kurang sesuai, boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan rehat secukupnya. Ibu bekerja perlu pandai seimbangkan tekanan. Ini kerana tekanan yang berlebihan akan memudaratkan. Kerja yang terlampau banyak boleh buat kita lupa untuk makan pada masa yang tepat dan boleh menambah rasa mual.
  • Selalu dapatkan nasihat doktor. Semasa check-up, sentiasa bertanya kepada jururawat atau doktor apa yang sesuai dan tidak semasa mengandung.

Boleh cuba balm T-Rub untuk mengatasi alahan, essential oil lemongrass dapat membantu mencegah pembentukan gas yang berlebihan di dalam usus dan bertindak sebagai karminatif yang berguna untuk masalah pencernaan seperti loya.

Leave a Reply