Redakan Kembung Perut Bayi

- Anak akan menangis tanpa henti dan sukar ditenangkan.
- Anak akan menggenggam tangannya dengan kuat.
- Anak akan mengeluarkan suara yang nyaring dan lantang.
- Anak dalam keadaan lutut anak terangkat sehingga ke dada.
- Wajah anak bertukar menjadi merah.
- Muka anak berkerut seperti menahan sakit.
- Anak sukar ditenangkan.
- Angin yang berlebihan dalam badan.



3. Pastikan posisi anak semasa minum susu berada dalam keadaan yang betul. Elakkan anak minum susu dalam keadaan terlalu condong.
Saiz puting botol susu yang tidak sesuai boleh menyebabkan banyak udara ditelan dan terjadi perut kembung.
Ibu yang menyusu perlu pastikan cara lekapan yang baik dan posisi yang selesa. Sekiranya ibu merasa sakit sewaktu menyusu, itu tanda ibu berada dalam posisi yang salah.
4. Sekiranya anak selalu kembung sewaktu baru menukar susu formula, hentikan dahulu buat sementara. Sesetengah bayi mengalami alahan terhadap sesetengah susu formula.
5. Bagi ibu menyusu elakkan dari memakan makanan yang akan membentuk gas setelah dicerna seperti kubis, brokoli, bawang atau kacang.
Kadangkala makanan segera atau minuman berkafein juga menjadi penyebab anak kembung perut.
6. Buat teknik urutan yang sesuai untuk melegakan dan memberi keselesaan pada perut anak.
Boleh buat teknik urutan I ❤ U
7. Biarkan anak bergerak aktif, boleh bantu tiarapkan anak dan biarkan anak merangkak dan bergerak bebas.
Gerakan yang aktif dapat membantu mendorong proses pencernaan supaya berfungsi lebih optimum, dan juga membantu mengeluarkan gas melalui kentut dan sendawa.
8. Boleh juga ikhtiarkan dengan balm T-Rub dan Stommy Oil (minyak telon natural) yang diperbuat dari minyak pati tumbuhan dan bunga (essential oil)