Rahsia Anak Cerdas Dan Kreatif
Semua ibubapa inginkan yang terbaik buat anak-anak. Pelbagai cara dan kaedah didikan dilakukan untuk menjadikan anak seorang yang cergas dan cerdas.

Macam Umi sendiri masih belajar untuk mendidik anak dengan lebih baik. Kita boleh belajar melalui orang yang berpengalaman dalam ilmu kekeluargaan.
Apa yang Umi sediakan dan selalu buat dengan anak-anak ialah:
- Menyediakan persekitaran dan ruang yang bersih untuk anak-anak bereksplorasi.
Macam kita sendiri, jika diberikan bilik yang bersepah dan sampah merata-rata, adakah kita selesa dan tenang? Sudah tentu tidak. Sama juga dengan anak-anak. Persekitaran yang bersih memberikan kesan yang besar dan penting untuk tumbesaran minda yang cerdas.
Apabila kita menyediakan persekitaran dan ruang yang bersih dan selesa, anak-anak akan seronok bereksplorasi dan mengenal dunia dengan cara sendiri. Semakin banyak anak-anak bereksplorasi, semakin cerdas dan cergas minda mengikut perkembangan umur anak-anak.
- Luangkan masa dengan anak-anak
Tak perlu pergi jauh, dalam rumah pun kita boleh luangkan masa dengan anak-anak untuk melakukan aktiviti yang berfaedah.
Malah bila kita meluangkan masa, anak-anak semakin gembira dan berasa disayangi. Masa yang kita luangkan dapat meningkatkan perkembangan minda cerdas anak-anak.
- Sentiasa positif dan beri kata semangat pada anak-anak
Elakkan bergaduh dihadapan anak, ini boleh menyebabkan anak-anak tertekan dan stress.
Jangan sesekali membawa aura negatif apabila berada bersama keluarga.
Jika anak-anak lambat dalam menerima apa yang kita sampaikan, janganlah kita marah pada anak-anak. Perkara ini alam membuatkan anak-anak berasa rendah diri dan tidak yakin dengan diri sendiri.
- Sokong dan bagi galakan minat anak-anak.
Apa yang anak minat, kita sebagai ibubapa kena sokong selagi ianya memberi faedah pada anak-anak.
Contohnya, anak-anak minat melukis. Sediakan peralatan yang perlu untuk mudahkan anak-anak menonjolkan minat tersebut.
Bagi sokongan dan komen membina apabila anak-anak menunjukkan hasil kerjanya.