Persediaan Menyambut Ramadhan
Ramadhan Kareem, tak lama lagi Ramadhan akan menjelang tiba. Adakah kita bersedia untuk menyambut bulan ramadhan?

Jom sama-sama kita hayati perkongsian dari ‘The Asian Parent’ dan persiapkan diri secara rohani dan mental untuk menghadapi Ramadhan al-Mubarak dengan baik.
? Bertaubat.
Jadikan taubat sebagai sesuatu yang boleh menghalang kita dari melakukan kesalahan yang sama.
Setiap manusia tidak lari dari melakulan kesalahan. Namun kesalahan tersebut menjadikan kita lebih peka dan in shaa Allah menjadikan kita orang yang lebih baik.
? Tingkatkan kualiti ibadah.
Jika sebelum ini kita banyak kelemahan sewaktu melakukan ibadah seperti terleka masa solat dan tidak khusyuk ambil peluang ini perbetulkan kelemahan tersebut.
Kita boleh juga disiplinkan diri dengan bangun lebih awal pada waktu subuh, solat di awal waktu dan berdoa apabila selesai solat.
? Melakukan ibadah tambahan.
Masa yang terluang kita isi dengan aktiviti ibadah yang berfaedah seperti:
?Baca al-Quran
?Lakukan solat sunat dan berzikir
?Puasa sunat dan puasa ganti
? Kawal perbuatan dan elak melakukan perkara negatif.
Kawal diri dari dari bergosip, bermalas-malasan atau bersangka buruk antara perkara yang boleh di lakukan perubahan.
Jika kita berterusan positif, in Shaa Allah mudah untuk kita hadapi bulan Ramadhan.
? Berpuasa lebih awal.
Bagi yang belum habis ganti puasa bolehlah mula mengganti puasa dan yang selesai boleh amalkan puasa Isnin dan Khamis. Satu amalan yang baik untuk tubuh kita lebih bersedia dan membiasakan diri dengan dengan berpuasa.
Badan kita pun tidak terkejut dan tidak berasa terlampau letih pada bulan Ramadhan.
? Jangan membazir.
Setiap individu mempunyai keperluan hidangan yang berbeza. Oleh itu, pentingnya kita mengetahui apa yang diperlukan untuk badan kita semasa sahur dan berbuka bagi mengelakkan pembaziran di bulan puasa.
? Waktu tidur yang baik.
Jika sebelum ini sering tidur lewat, cuba ubah pola tidur lebih awal untuk mudah bangun sahur pada keesokan harinya.
Dengan itu kita lebih berdisiplin dan mendapat tidur yang berkualiti.
? Jaga kesihatan.
Jangan lupa rujuk doktor jika ada masalah kesihatan dan dapatkan nasihat. Amalkan pemakanan yang seimbang dan baik untuk lebih bersedia menghadapi puasa.
? Tetapkan matlamat.
Tetapkan hati dan lakukan apa yang kita ingin capai. Dimana kita berusaha untuk lebih dekat dengan Allah dan menjadi umat Islam yang lebih baik.
? Jadual dan perancangan awal.
Sebelum menjelang Ramadhan, buat perancangan seperti melakukan solat sunat tarawikh bersama keluarga, khatam al-Quran atau sesi tadarus bersama-sama.
Nak tadarus bersama kawan-kawan atau ahli keluarga yang jauh pun tak ada masalah. Dengan teknologi ZOOM Meetings semuanya mudah di hujung jari.
??Semoga kita semua dapat menyambut Ramadhan yang mulia dengan penuh kesyukuran dan keinsafan.