Pengaruh Gadget Dan Kanak-Kanak
Gadget dan kanak-kanak sukar dipisahkan, kecuali dari usia kecil ianya tidak didedahkan. Usaha mengurangkan ketagihan gajet anak perlu, supaya anak dapat memberi tumpuan yang baik semasa belajar dan arahan kerja di rumah.
Tempoh cuti #StayAtHome sangat mencabar, 14 hari berada di dalam rumah. Cuma jika rumah mempunyai kawasan untuk bermain ianya memberi kelebihan. Anak tidak rasa boring dan tertekan bila asyik berada dalam rumah sahaja.
Perkara pertama yang perlu dilakukan untuk mengalih perhatian anak terlebih dahulu.
? Cuba meluangkan masa dengan anak dengan melakukan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti biarlah menarik dan anak suka buat supaya tidak teringat pada gajet atau cepat meminta gajet bila boring dengan aktiviti.
? Seterusnya memberi ganjaran kepada anak. Bagi mengelakkan anak sering bermain dengan gajet, ibubapa boleh buat sistem ganjaran. Contohnya meminta anak membersihkan bilik sendiri bersama-sama. Bila dah kemas dan bersih, bolehlah upah makanan kegemaran.
? Bila anak nak bermain dengan gajet, tengok aplikasi yang memberi faedah dan mempunyai nilai kebaikan yang boleh di ikuti. Jadikan penggunaan internet sebagai perkara yang mendatangkan manfaat pada anak. Tetapi jangan lupa hadkan masa.
? Sediakan bahan untuk memudahkan anak melakukan aktiviti dan menyerlahkan kreativiti. Contohnya ‘white board’ besar, bila ada bahan mudah anak nak buat aktiviti.
? Tukarkan telefon kepada TV, bukan menonton rancangan TV. Tetapi menonton berita, animal planet dan National Geographic. Lam-lama anak akan terbiasa, tetapi hadkan masa menonton. Dengan cara ini anak-anak akan akur dan berdisiplin.
? Bermain sekali dengan anak-anak. Jika dalam rumah boleh bermain Teng Teng. Pastikan permainan tu anak-anak suka dan seronok nak main. Jika boleh bermain di luar rumah (bagi rumah yang ada kawasan dan selamat dalam pagar) bolehlah bermain bola dan badminton.
#IbuYangMasihBerusaha ??