Manfaat Bunga Ros

Ros salah satu essential oil yang terdapat dalam sabun 7 bunga. Bukan setakat bau dan rupa bunga ros yang cantik, malah bunga ros ini mempunyai manfaat yang baik dalam kesihatan dan kecantikan.

Antara manfaat bunga ros yang perlu diketahui;

  • Memelihara kecantikan rambut – air ros membantu memelihara kesihatan rambut dan berfungsi sebagai pelembap. Selain itu air ros dapat membantu pertumbuhan rambut menjadi lebih subur dan mengatasi radang kulit kerana masalah kelumumur.
  • Menghilangkan jerawat – air bunga ros merupakan salah satu bahan pembersih semulajadi yang kaya dengan kandungan zat antioksidan dan mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat timbul. Caranya bersihkan muka dengan air suam yang dicampur dengan air ros setiap pagi.
  • Menyegarkan tubuh – bunga ros dapat memberi kesegaran tubuh dengan mandi lulur menggunakan kelopak bunga ros.
  • Menjaga miss V – anda boleh menggunakan air suam yang dicampur dengan air bunga ros untuk mencuci miss V.
  • Mengatasi mata penat – air ros dapat membantu mengatasi mata penat dan lingkaran gelap bawah mata. Ia juga membantu menghilangkan mata merah dan meradang. Caranya titiskan dua hingga tiga titis pada mata, kemudian pejamkan mata beberapa minit untuk memberi masa air ros membersihkan mata.
  • Mencantikkan kulit – bunga ros mempunyai kandungan lemak iaitu asid lemak omega 3 dan omega 6 yang berkhasiat untuk kesihatan kulit.
  • Mengurangkan stress – aroma pada bunga ros dapat menghilangkan penat dan stress. Fikiran anda akan kembali tenang semula

Leave a Reply