Manfaat Air Cucian Beras
Pernahkah anda menggunakan air cucian beras untuk membersihkan kulit dan rambut? Sebenarnya air basuhan beras boleh digunakan untuk membersihkan kulit dan juga rambut. Air beras mempunyai khasiat yang tersembunyi dan paling penting ianya jimat berbanding membeli produk kecantikan.
Kali ni saya nak share manfaat yang kita dapat apabila menggunakan air cucian beras.
- Digunakan sebagai pembersih wajah dan toner – Cuci beras dan basuhan pertama dibuang, tambah air bersih dan rendam kira-kira 30 minit supaya nutrisi dapat mengalir dalam air. Kemudian tapis semula air beras dan simpan dalam bekas tertutup dan masukkan dalam peti sejuk untuk lebih tahan lama. Cara penggunaan toner, sapukan air beras pada kapas dan usapkan ke wajah.
- Membantu mencerahkan kulit – Biarkan beras direndam dalam bekas tertutup semalaman. Tepung dalam air beras akan mengendap ke bawah, tepung tersebut digunakan untuk skrub wajah.
- Mengatasi jerawat -Air beras mengandungi allatoin di dalamnya, kandungan tersebut dapat berfungsi menenangkan kulit yang mengalami iritasi termasuk merawat jerawat.
- Membantu menghilangkan noda hitam – Gunakan skrub hasil mendapan rendaman air beras, jika digunakan secara maksima in shaa Allah akan berhasil.
- Mengawak minyak pada wajah – Setelah membersihkan dengan pencuci, lalukan air beras selama 5 minit dan bilas.
- Melegakan kulit yang sunburn – Air beras membuatkan kulit terasa dingin dan mengurangkan radang kulit yang terkena sinar matahari.
- Memperbaiki rambut yang rosak – Gunakan air rendaman beras (yang telah direndam selama 30 minit). Gunakan air tersebut untuk mencuci rambut, biarkan selama 20 minit dan cuci bersih rambut semula.
- Mengatasi kelumumur -air beras dapat berfungsi mengimbangkan pH di kulit kepala, air basuhan beras dapat mengatasi maslah kelumumur di kepala.
- Membasmi kutu dan telur kutu – membilas rambut dengan air beras dan bungkus kepala dengan shower cap. Biarkan 1 jam dan bilas dengan air bersih.
- Menyuburkan rambut – air beras di anggap sebagai pengganti perapi rambut yang semulajadi. Air beras dapat membantu rambut lebih subur dan sihat.