Kidzoona Educational Play
Kidzoona tempat bermain sambil belajar yang unik dan sesuai untuk kanak-kanak. Berkonsepkan taman tema yang penuh dengan aktiviti dan tarikan untuk kanak-kanak semua peringkat umur.
Bayaran masuk pun tidak mahal, untuk setiap kanak-kanak bayaran hari biasa RM10 & RM17 untuk hari minggu.
Tambahan: untuk bermain dalam Kidzoona perlu memakai stokin. Jika tidak bawa stokin perlu bayar RM4 untuk satu stokin.
Antara perkara yang perlu diberi perhatian sebelum masuk Kidzoona ialah:
- Pelajar beruniform TIDAK DIBENARKAN masuk.
- Kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah perlu ditemani oleh penjaga yang berusia 18 tahun ke atas.
- Barangan yang belum dibayar tidak dibenarkan masuk.
- Pihak Kidzoona tidak bertanggungjawab terhadap atau kemalangan yang menimpa individu.
Antara permainan dan sudut pembelajaran yang ada di Kidzoona,
- Hospital
- Burger? shop
- Sushi? bar
- Flower shop
- Supermarket
Tarikan lain dalam Kidzoona ialah ball , air bouncer dan lain-lain.
Selain permainan fizikal, juga terdapat sudut permainan minda.
Dalam tempoh bermain ada sesi aktiviti bersama staf Kidzoona. Antaranya kolaj bunga matahari. Selesai aktiviti, anak-anak dapat hadiah colouring book dari pihak Kidzoona.
Sebelum balik, buat aktiviti bersama anak-anak. Rekacipta uji minda, memang seronok bila dapat menghasilkan sesuatu yang kreatif.