Khasiat Daun Sirih
Daun sirih banyak kegunaannya, digunakan secara turun temurun dari nenek moyang kita. Pelbagai cara kegunaan daun sirih samada direbus atau dikunyah.
Daun sirih mempunyai pelbagai kndungan penting seperti;
- pelembap semulajadi
- mineral
- vitamin
- antioksidan
- antiseptik
Antara khasiat daun sirih yang perlu kita tahu;
- Melancarkan haid dengan minum air rebusan sirih.
- Merawat kulit dan masalah jerawat di mana kavivol dalam daun membantu membunuh bakteria yang bersarang pada kulit wajah.
- Mengubati penyakit athma dengan minum air rebusan sirih.
- Mengatasi masalah bau badan. Daun sirih mempunyai antiseptik yang mampu menghilangkan bau badan.
- Mengubati keputihan dan kegatalan pada bahagian sulit wanita.
Kini daun sirih digunakan di dalam produk, yang bertindak sebagai antiseptik.