Inspirasi Perfume

Razan Al Najjar, seorang paramedik Palestin berusia 21 tahun yang mati syahid akibat di tembak tepat di dada oleh penembak hendap tentera Israel. Ketika kejadian Razan sedang membantu seorang penunjuk perasaan yang cedera. Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat semasa demonstrasi besar-besaran ‘Great March of Return’ yang berlangsung di sepanjang pagar yang memisahkan Gaza dari Israel. Protes ini bertujuan untuk menuntut untuk kembali ke kampung halaman mereka selepas di halau keluar oleh tentera Israel pada tahun 1948.

Beliau di ingati dengan jolokan “Pelindung Yang Baik”. Beliau pernah berkata;

“Baju seragam saya sudah menjadi merah dengan darah mangsa yang tidak bersalah, saya bangga menyarungnya”

“Saya sedar bahawa tugas ini tidak mudah bagi wanita muda, namun saya beterkad melakukannya dan terus membantu mangs-mangsa yang cedera dan memerlukan bantuan”

Kisah kematian beliau yang penuh tragik dan lambang pejuang wanita Islam, Tasneem telah mengeluarkan perfume inspirasi semangat Mujahidah ini yang bernama Rouzan.

Leave a Reply