Galakan Makan Sayur Untuk Kanak-Kanak

Anak vs Sayur. Bila bercakap pasal sayur ni, tak semua kanak-kanak suka makan. Termasuklah anak Umi sendiri ?. Tapi kita sebagai ibu tak boleh biarkan anak langsung tak makan sayur, sebab sayur ni jenis makanan bernutrisi yang wajib dalam menu.
 
Bila bercakap tentang tips, banyak tips boleh kita google. Bermacam cara dan kaedah yang
boleh kita ikut. Tapi satu je, jangan paksa anak untuk makan sayur. Sebab apabila kita paksa anak akan semakin menjauhkan diri bila tengok sayur.
 
? Sebagai ibu, perkara pertama adalah sokongan dan galakan. Boleh jadikan amalan memakan. sayur sebagai satu pertandingan, jika berjaya puji anak dapat makan sayur. Jika masih belum berjaya, jangan pula kita marah sebab anak tak makan. Mungkin ambil masa dan jangan putus asa pujuk anak makan sayur.
 
? Pelbagaikan cara masakan yang boleh menarik perhatian anak untuk tertarik makan sayur. Mungkin cara masakan sebelum ini, anak tidak gemar. Boleh google cara masakan yang menarik untuk anak makan sayur.
 
? Jarang sekali ibubapa libatkan anak semasa membeli sayur. Apa kata lepas ni ajak anak pergi pasar beli sayur sekali. Beri peluang anak pilih sayur yang disukai dan terangkan khasiat sayur tersebut.
 
Di rumah, libatkan anak semasa menyedia dan memasak sayur supaya anak dapat biasakan diri dengan sayur.
 
? Apa yang Umi buat hari ini, campurkan sayur dalam makanan kegemaran anak. Taktik ini paling berkesan untuk menarik anak memakan sayur.
 
Hasilnya anak makan saja kuah angel hair vege-bolognese, katanya sedap ?.
 
Mudah saja, potong kecil sayur dan campurkan dalam masakan anak. Lama-kelamaan anak akan terbiasa dengan sayur.
 
? Tanya anak sayur apa yang mereka suka bila makan saja tanpa masak, contohnya carrot. Boleh potong kecil macam jejari buat snek. Jangan lupa hiaskan bekas supaya lebih menarik untuk menarik minat anak.
 
? Mungkin anak lebih suka sayur dalam bentuk cecair berbanding bentuk pepejal. Boleh buat jus lobak untuk minum bersama anak-anak.
 
? Sifat kanak-kanak suka sesuatu yang comel, apakata ibu potong sayur menjadi bentuk yang comel dan mudah untuk anak makan.
 
? Semestinya kita sebagai ibubapa kena jadi contoh yang baik untuk anak. Kalau nak anak makan sayur, kita pun kenalah makan sayur. Jangan jadi macam ketam suruh anak jalan lurus, sedangkan dia sendiri jalan senget.
 
Ok selamat berjuang untuk jadikan sayur ? makanan kegemaran anak-anak
 
Artikel ini idea dari terbitan hellodoktor. com

Leave a Reply