Fenomena Baby Spa
Selalunya spa dikaitkan dengan wanita dan perawatan tubuh. Sekarang ini trend baby spa pula.
SPA merupakan akronim sanitas per aqua yang bermaksud perawatan tubuh menggunakan air sebagai medium kesihatan tubuh. Spa boleh dikatakan sebagai terapi yang dilakukan dengan cara mandi atau berendam.
Selalunya baby spa memberikan perkhidmatan water therapy di mana bayi akan berenang dalam kolam yang disediakan dan urutan selepas berendam. Biasanya dilakukan selepas bayi berumur 1 bulan. Perkhidmatan ini dilakukan pengawasan fisioterapis bagi menghindari dari berlakunya sebarang kecederaan bayi.
Semasa sesi water therapy atau terapi air dilakukan, bayi akan di ajak berenang di dalam kolam kecil dengan menggunakan pelampung. Bayi bebas melakukan gerakan seperti gerakan semasa dalam kandungan ibu.
Bayi yang melakukan aktiviti spa akan mendapat kualiti tidur yang baik berbanding bayi yang tidak melakukannya. Bayi yang berenang cenderung lebih tenang dan lebih rileks.
Setelah sesi berenang bayi juga akan di urut untuk lebih tenang dan rileks.
Berikut adalah kelebihan bayi yang melakukan spa bayi,
- Melancarkan peredaran darah bayi
- Meningkatkan kualiti tidur bayi
- Memperbaiki sistem pernafasan bayi
- Bayi akan lebih aktif bergerak
- Menambah selera minum susu atau makan bayi
- Menurunkan kadar hormon adrenalin
- Urutan lembut membuatkan bayi rileks
- Meningkatkan tahap respon bayi
- Mempercepatkan kadar pertumbuhan tulang bayi
- Meningkatkan ikatan mesra antara ibu dan bayi
- Meningkatkan berat badan bayi
- Meningkatkan kesihatan pada kulit bayi
- Mempunyai perkembangan yang lebih cepat dari segi kognitif, fizikal motor kasar dan halus bayi
- Memberikan stimulasi pada bayi
Perkara yang perlu dititikberatkan sebelum melakukan baby spa.
- Bayi haruslah dalam keadaan kenyang dan tidak mengantuk semasa melakukan sesi spa. Ini kerana apabila mengantuk bayi tidak akan menikmati suasana spa yang sepatutnya.
- Memastikan bayi sedia dengan fizikal dan keadaan kesihatan yang baik.
- Memilih pusat spa yang terbaik dan mempunyai ciri keselamatan dan kebersihan yang optimum.