Family Time – Bonding Dengan Anak

Family Bonding ?‍?‍?‍?❤

Hari minggu adalah peluang terbaik untuk meluangkan masa dengan anak. Waktu inilah ibubapa dapat mengeratkan ikatan atau bonding bersama keluarga.

Tetapi tempoh #RMO #StayAtHome ni, lagi banyak masa kita bersama dengan anak. Gunakan sebaiknya peluang ini. Jika sebelum ni kita terlalu sibuk, waktu inilah paling sesuai kita rapatkan kembali hubungan dengan anak.

Banyak aktiviti bonding yang boleh dilakukan bersama keluarga di rumah, antaranya:

1. Makan bersama-sama.
Nampak simple, tapi inilah kunci utama untuk anak lebih rapat dengan kita. Perasan tak bila kita makan bersama, anak akan lebih berselera. Makan pun siap bertambah. Kan seronok tu ?

2. Ambil gambar bersama.
Selalu kita selfie solo je, apa kata kali ni ambil gambar satu keluarga. Macam-macam gelagat ada dalam gambar.

Cuba check telefon kita, berapa banyak gambar kita dengan anak?

3. Solat berjemaah bersama-sama.
Bagi orang Islam solat adalah tiang agama, jika solat ditinggalkan maka runtuhlah tiang agama.

Secara tidak langsung kita dapat mendidik anak untuk dekat dengan agama dan tahu betapa pentingnya solat.

4. Cari dan ‘create’ aktiviti bersama anak.
Jika ada permainan yang boleh bermain bersama-sama, ajak anak main. Contohnya permainan catur, saidina dan sahibba semuanya dapat meningkatkan minda.

Kalau ada laman, boleh bermain aktiviti fizikal seperti badminton dan bola sepak.

Anak akan lebih seronok bermain bila kita join sekali.

5. Masak bersama-sama.
Waktu ni ruang dapur paling kerap diguna, apa kata ajak anak tolong sekali. Yang besar ajar potong bawang sayur, yang kecil ajar ambil barang yang mudah.

Betapa pentingnya ikatan bersama keluarga. Kerana kesan ikatan yang kita bina akan memberi kesan positif dalam diri anak-anak bila dewasa nanti.

Leave a Reply