Faedah Penyusuan Susu Ibu
Ibu-ibu digalakkan menyusukan anak dengan susu ibu dari lahir hingga berusia 6 bulan. Dan meneruskan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun. Bila anak mencapai umur 6 bulan, ibu boleh memperkenalkan dengan makanan pelengkap.
Faedah untuk bayi;
- Susu ibu adalah makanan terbaik bayi – ianya mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Susu ibu mudah di hadam, sentiasa sedia dengan suhu yang tetap. Bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya dari lahir sehingga 6 bulan pertama mempunyai tumbesaran yang baik dan sihat.
- Susu ibu dapat memberi perlindungan yang baik untuk bayi – kolostrum atau permulaan susu ibu yang dikeluarkan pada hari pertama lahir hingga ketiga mengandungi antibodi (IgA) yang dapat melindungi bayi dari jangkitan dan alahan. Susu ibu juga dapat mengurangkan pencemaran berbanding penyusuan cara lain.
Faedah penyusuan susu ibu;
- Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak.
- Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan tumpah darah.
- Mengurangkan risiko kanser payudara dan ovari.
- Mempercepatkan proses pengurangan berat badan jika disertai senaman.
- Membantu menjarakkan kehamilan – perancang kehamilan.