Elak Rumah Bersepah? Jom Kemas Rumah


1. Bersih sahaja tidak menandakan rumah itu kelihatan kemas. Dengan keadaan barang yang diletakkan merata-rata menyebabkan ruang tamu/bilik kelihatan bersepah. Jadi kemas itu penting, bila rumah dah kemas barulah senang kita nak bersihkan.
2. Segala barang yang jarang digunakan perlu disimpan dalam box atau tempat khas dan mudah di ambil. Pastikan tanda pada box untuk memudahkan kita mencari barang tersebut lain kali. Dalam almari atau rak, hanya letak barang yang selalu digunakan.
3. Jangan biarkan barang/peralatan terbiar selepas diguna. Terus kemas dan simpan ke tempat asal.
Contohnya, mangkuk pinggan. Apabila selesai makan terus basuh dan simpan di tempatnya.
Atau mainan anak, terus simpan bila selesai main. Paling mudah ajak anak simpan sekali untuk pupuk sikap rajin mengemas.
4. Jangan biarkan keadaan rumah seperti tongkang pecah, barulah terhegeh-hegeh nak mengemas. Ini akan menyebabkan kita mengambil masa yang lama sehingga berjam-jam. Jadikan ianya rutin untuk memastikan ruang tamu, bilik, dan dapur kelihatan kemas.
5. Bersikap sederhana, tidak perlu tambah banyak barang dalam rumah. Hanya beli dan sediakan yang perlu sahaja. Ianya sangat mudah dan menjimatkan. Rumah pun senang nak kemas.
6. Ini hanya plan kecemasan ya, bukan satu sikap yang perlu di buat selalu.
Maksudnya, jika ada barang yang tak sempat kemas dan waktu tersebut ada orang datang rumah. Boleh gunakan cara ini untuk menyimpan segera barang dan simpan setempat, sebelum kemas dan letak semula di tempat yang betul. Tapi jangan buat selalu tau ?