Bagaimana Atasi Anak Tantrum Tanpa Sebab

Mengendalikan anak yang suka tantrum, terutama di tempat awam sangat menguji kesabaran. Jika tidak ditangani dengan bijak, ia boleh mengundang stress pada ibubapa dan anak sendiri.
 
Tantrum adalah cara anak meluahkan perasaannya apabila merasakan dirinya hilang kawalan. Ataupun bahasa mudah anak spontan buat perangai atau marah dengan tiba-tiba.
 
Jom kita sama-sama belajar cara tangani anak tantrum dengan gaya bijak Kate Middleton.
 
Walaupun anaknya tantrum dengan berbaring sebelah helikopter, menghentak kaki dan enggan menaiki helikopter. Kate Middleton telah melakukan sesuatu yang wajar kita pelajari dan boleh ikuti.
 
Beliau menggunakan teknik klasik dalam menenangkan tantrum anaknya dan cara ini sungguh berkesan.
 
?‍?Kate Middleton tidak marah pada anaknya, tapi memulakan perbualan untuk mengalih perhatian anaknya.
 
?‍?Sentiasa tenang, ia boleh membuatkan emosi anak bertukar menjadi semakin stabil.
 
?‍?Rendahkan tubuh dalam keadaan melutut supaya mudah mendekati anaknya yang sedang tantrum. Dalam keadaan mata sama laras dengan anak.
 
?‍?Tidak menggesa atau menjerit pada anaknya supaya bertenang. Kate Middleton bercakap dengan anaknya dengan lembut dan suara yang lunak, untuk mengalih perhatian anak.
 
?‍?Akhir sekali beliau meminta bantuan suaminya untuk mengangkat anaknya ke dalam helikopter.
Sumber : the Asianparent Singapore
Ibu boleh cuba ikhtiar dengan balm Calm Time apabila keluar berjalan dengan anak. Selepas mandi sebelum keluar sapu dan urut dulu dengan balm Calm Time, in shaa Allah mood anak akan stabil dan tiada lagi ragam tantrum

Leave a Reply