Anak dan Tidur

Apakah perkaitan anak dengan tidur? Normal jika kanak-kanak tidur siang dan tidur malam. Bagaimana pula situasi anak yang sering tidur lewat malam? dan kesan terhadap anak.

Menurut Dr. Taufiq Razif dalam e-book 50 nasihat parenting, pengkaji dari UK menemukan kaitan antara waktu tidur yang tidak menentu dengan anak yang hyperaktif dan masalah emosi anak.

Oleh itu, sebagai ibubapa kita kena tentukan masa tidur anak. Bukan anak yang tentukan bila mereka nak tidur.

Bagi bayi tiada masalah untuk mengikut jadual tidur yang normal, cuma kadang-kadang ada bayi yang suka tidur siang dan berjaga di waktu malam atau bangun tengah malam. Ada yang bangun untuk menyusu, ada juga yang bangun semata-mata untuk bermain di tengah malam.

Waktu tidur adalah waktu rehat untuk ibu. Bila terjadi situasi begini, ibu akan kurang rehat dan berasa penat. Tambahan pula jika ibu perlu bekerja keesokan harinya.

Perubahan jadual tidur akan mula kelihatan bila kanak-kanak meningkat umur. Terutama bagi kanak-kanak yang mula wean off susu. Bagi kanak-kanak 3 hingga 6 tahun, mereka masih bertenaga melakukan aktiviti di malam hari.

Sebagai alternatif Tasneem membantu memberikan penyelesaian untuk ibu-ibu mengatur semula pola tidur anak-anak supaya mereka cukup tidur dan dapat tidur dengan lena. Serta keesokannya dapat bangun dengan mudah dan tidak meragam.

Set yang diperkenalkan adalah set sweet dream, kombinasi balm Calm Time dan Sleep Time.

Bagi anak yang aktif dan rancak melakukan aktiviti, Calm Time dicadangkan untuk membantu anak supaya lebih tenang dan rileks. Ini kerana bila anak sedang aktif otot menjadi tegang dan sukar untuk tidur awal.

Bila suasana tenang, ibu perlu ubah suasana dari tegang dan aktif kepada suasana santai dan sesuai untuk tidur. Offkan segala alat yang boleh memberi perhatian kepada anak untuk bermain. Terutama gadget seperti hand phone dan TV. Bila anak mula mengantuk dan tidur, ibu boleh sapu Sleep Time secara nipis sahaja. Ini kerana Sleep Time mengandungi essential oil cedarwood yang berfungsi merangsang perembesan hormon melatonin (hormon tidur).

Harus di ingat balm hanyalah alat untuk membantu, seeloknya  sapuan balm di ikuti dengan selawat dan zikir. Ini kerana essential oil di dalam balm mempunyai energy dan vibration tersendiri.

Apakah kebaikan apabila pola tidur anak stabil dan teratur?

  • Sudah tentu anak mudah tidur apabila pola tidur dijaga. Setiap malam anak tidur tepat pada masa yang ditetapkan.
  • Anak dapat tidur yang berkualiti dan lena sampai pagi. Tidak mudah terkejut di tengah malam, kecuali untu bangun minum susu. Tetapi mudah untuk tidur semula.
  • Anak yang cukup tidur akan mempunyai emosi yang sangat stabil dan ceria keesokan harinya.

Leave a Reply