Anak dan Sentuhan Kasih Sayang

Bahawa Abu Hurairah R.A berkata,
 
“Rasulullah S.A.W pernah mencium Al-Hasan bin Ali, sedangkan di tepi baginda ada Al-Aqra’ bin Habis At-Tamimi sedang duduk. Lalu Al-Aqra’ berkata,:
“Sesungguhnya aku memiliki 10 orang anak, namun aku tidak pernah mencium mereka sekalipun”.
Maka Rasululllah S.A.W memandangnya dan bersabda,:
“Barangsiapa yang tidak mengasihi, maka ia tidak akan dikasihi”
 
HR Bukhari, Hadith Sahih
 
Sentuhan dan belaian amat penting untuk anak membesar dengan sihat dan cerdas.
 
Apabila anak mendapat sentuhan dan belaian, ianya dapat memberi manfaat seperti berikut,
 
?‍?‍?‍? Menambah baik kematangan emosi dan perkembangan minda.
 
Emosi anak perlu dijaga sejak kecil lagi. Jika tidak, ia boleh mengganggu proses tumbesaran dan bila besar anak akan rasa terpinggir dan semakin menjauhkan diri.
 
Paling terkesan apabila anak lebih rapat dengan orang lain, seperti kawan-kawan atau orang yang lebih memberi perhatian pada mereka. Ini menyebabkan anak lebih percaya pada orang luar berbanding ibubapa sendiri.
 
?‍?‍?‍? Menguatkan rasa percaya di antara ibubapa dan anak.
 
Hubungan yang rapat dapat menghasilkan rasa kepercayaan yang tinggi. Anak merasa selamat dan dilindungi apabila bersama keluarga.
 
?‍?‍?‍? Anak lebih gembira dan tidak rasa tertekan.
 
Anak kecil mudah rasa tertekan apabila berada dalam suasana yang negatif. Jika berterusan situasi negatif, anak akan menjadi murung dan mula menjauhkan diri dari ibubapa.
 
Sangat penting untuk ibubapa mewujudkan suasana gembira dan bahagia di rumah. Dan keluar berjalan bersama-sama untuk mengeratkan hubungan.
 
?‍?‍?‍? Menguatkan sistem imunisasi tubuh.
 
Apabila anak sentiasa diberi sentuhan dan belaian, ianya dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh anak.
 
Anak dapat membesar dengan positif dan kesihatan jarang terjejas.
 
Idea asal – baituljannah
 
#happyfamily
#sayasayangkeluargasaya

Leave a Reply