Aktiviti Menarik Untuk Kanak-Kanak Waktu Cuti Sekolah
Waktu cuti sekolah adalah waktu terbaik untuk kita bersama anak-anak melakukan aktiviti bersama. Masa inilah kita dapat meluangkan lebih masa dengan anak-anak.
Bak kata Wawa Shauqi “Duduk di rumah dengan anak-anak kadang buat kita tepu. Kerja tak siap, anak pun langsung tak terlayan”. Jadi permulaan tempoh cuti sekolah ni, kita kena dahulukan apa yang anak suka dan menarik minat mereka. Anak-anak bila dapat perhatian yang cukup, in shaa Allah kita dapat buat kerja dengan senang hati ❤
Petang ni anak-anak buat aktiviti ‘Hangman’, aktiviti meneka nama negeri, benda, sayur atau makanan. Cara bermain kena ikut giliran, jika tersalah teka pemain yang kalah akan kena denda.

Aktiviti ni anak dapat dari sekolah, asalnya cikgu buat aktiviti meneka dalam kelas. Memang seronok duk meneka, dapat meningkatkan kemahiran berfikir anak-anak.

Sambil meneka, masa diberikan untuk tempoh berfikir. Jadi memang kena fikir cepat-cepat supaya tak kalah.

Sampai ke malam duk main aktiviti ni, seronok sangat meneka. Sekurang-kurangnya dalam tempoh cuti sekolah ni anak-anak ada aktiviti yang menyeronokkan dan juga pembelajaran santai.
Selain aktiviti di atas, banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan bersama anak-anak seperti,
- Tiruvasi animasi Sonic The Hedgehog. Anak-anak dapat menunjukkan bakat melukis, walaupun pada mulanya meniru animasi daripada telefon bimbit. Galakkan anak-anak melukis sehingga nampak real seperti lukisan asal.



- Bermain permainan uji minda seperti Saidina.
- Bermain ‘Teng-Teng’ moden. Dulu masa kecil biasa lukis dengan kayu atas tanah, seronok bila mengimbau permainan tradisional.
- Mengajak anak-anak membuat latihan uji minda dan kira-kira, minta anak hafal sifir dan tulis semula di papan putih.