Maklumbalas yang umi terima bila join bisnes Tasneem, “boleh berjaya ke?” “Ada masa ke nak buat bisnes?” “Sekejap je tu, tak lamanya buat bisnes” “Jual produk bayi? Apa tu jual balm? Ada orang beli ke?”. Macam-macam lagi lah.

Tapi Alhamdulillah, dalam Tasneem ni umi dapat berada dalam circle yang positif. Setiap hari ada pengisian dan peringatan untuk jadi dan buat lebih baik. Tak perlu heret diri dalam kecaman dan kata-kata negatif. Pilihan di tangan kita tinggalkan suasana negatif, dan pilih untuk berada dalam suasana positif.

Bermula sebagai pengguna, kisahnya umi ada cerita semalam tentang anak umi yang selalu batuk berkahak dan kerap ke klinik untuk neb. Balm cf-rub lah satu-satunya ikhtiar yang terakhir, dan Alhamdulillah berkesan dan serasi dengan anak umi.

Bila dah serasi, terus daftar agent. Masa tu bayaran daftar RM50, mula berkenalan dan mencuba balm yang lain. Semua produk yang Tasneem keluarkan umi sekeluarga akan cuba dulu. Dan sebarkan manfaat yang diperolehi kepada orang lain, terutama mereka dan ibu-ibu yang ada masalah yang sama.

Untuk capai tahap sekarang bukanlah senang, tapi tak juga susah. Semuanya perlu ada kesungguhan dan usaha. Awal tahun 2020 dengan bilangan team yang minima dan sekarang semakin meningkat, Alhamdulillah berjaya mencapai jualan RM30,000++. Jumlah itu mungkin sedikit bagi orang bisnes, tetapi umi bersyukur dan berazam untuk buat lebih lagi pada 2021 ni.

Alhamdulillah syukur, jualan awal Januari sehingga hari ini berjaya mencapai RM6,000++. Hasil dorongan dan tunjuk ajar sifu mami may aka master Maymunah Hashim 💐 (OMME) dan ummi aida aka master Syuhaidah Norazrin 💐 (MQ), juga founder Tasneem ummi idah Haridah Sahri 💐 dan team HQ💐 yang tidak jemu top-up ilmu dan sentiasa ‘ketuk dan ketuk’ supaya tidak alpa dan selesa dengan apa yang ada.

Paling utama, anak-anak ibu Hadif dan Hafiy. Apa yang ibu buat ni adalah untuk anak-anak ibu❤️. Dan tanpa sokongan daripada suami tercinta Nazri Ghani umi takkan berada tahap sekarang. Banyak pengorbanan yang telah suami lakukan untuk melihat umi semakin sukses.

Juga komitmen dan sokongan team terutamanya fighters P.E.Family❤️

Tahun 2021 ni banyak lagi umi nak capai, antaranya ada SOHO untuk mudahkan kerja bisnes. Dan membantu lebih ramai lagi mereka yang ingin tambah pendapatan dengan bisnes Tasneem.

#binabisnesbayi #bisnesbersamatasneem

Leave a Reply