1 Balm Untuk Semua Fungsi?
1 balm untuk semua fungsi, sungguh menjimatkan. Tapi bagaimana ramuannya? Dan adakah balm tersebut benar-benar berfungsi sepenuhnya mengikut kategori?
Cuba kita ke klinik, perkara pertama doktor akan tanya “awak sakit apa?”. Bila kita jawab “saya sakit bla bla bla.” Adakah doktor akan bagi semua jenis ubat untuk di makan?. Sudah tentu doktor akan beri ubat mengikut penyakit pesakitnya. Belum pernah lagi doktor beri ubat demam jika kita sakit perut, betul tak?.
Begitu juga dengan Tasneem. Ini kerana Tasneem berkomitmen untuk menyediakan resepi terbaik untuk masalah anak anda. Mana mungkin Tasneem berjanji dengan ramuan 4-5 bahan sahaja, tetapi boleh menyelesaikan 1001 masalah.
Untuk info setiap balm Tasneem ada 7 hingga 8 minyak pati bunga dan tumbuhan di dalamnya. Minyak pati atau juga di kenali sebagai essential oil yang telah di dilute dengan carrier oil sememangnya sesuai dan boleh digunakan dari peringkat bayi newborn hingga dewasa.
Tasneem juga telah mengimport khas essential oil dari France, dan setiap essential oil yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS). Sijil MSDS ini amat diperlukan untuk mendapatkan kelulusan KKM.
Seperti juga resepi masakan kan? Kalau adunan bahan power barulah rasa masakan sedap. Betul tak?